Orang Asia specifically Melayu adalah bangsa bertuah, hidup di zon dunia yang ‘ceria sepanjang tahun’ dan dilimpahi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Tapi sayang!
Kita yang hidup pada hari ini masih lagi ‘terpalit’ dengan minda kolonial yang percaya segalanya yang ‘dijamu’ mereka adalah yang terbaik. Sebenarnya kita telah lalai, lalai untuk mensyukuri segala nikmat ini.
Sabun adalah antara benda mudah yang kita abaikan. Kita masih mengagung-agungkan sabun yang dibeli di Watson atau Guardian. Sedangkan…
Kita boleh sahaja menggabungkan ilmu membuat sabun di rumah dan herba tempatan untuk menghasilkan sabun yang lebih menepati kulit orang Asia. Ya, pastilah bukan secara semberono mencampur aduk pelbagai macam daun atau herba.
Nenek moyang kita telah banyak dan terlebih dahulu melakukan ‘research’ mereka. Kenapa tidak kita merujuk ‘kitab lama’ tersebut yang wujud berupa petua dan pantang?
Ini semua perlukan ‘eksplorasi’. Eksplorasi perlu bermula dengan minat, sebelum ‘passion’ muncul di dalam jiwa.
Sekiranya anda berminat, mungkin anda patut bermula dengan belajar membuat sabun di rumah, iaitu sabun home-made.