Bandaraya Ipoh yang terletak di dalam daerah Kinta dibuka oleh Panglima Kinta. Bahkan, Kampung Kepayang (Fairpark, Ipoh) yang sinonim dengan kewujudan Panglima Kinta juga adalah kampung warisan yang dikatakan telah wujud sezaman dengan zaman Melaka.
Apa yang berlaku kemudian itu, tidak menjadi persoalan.
Yang penting adalah ke hadapan ini, Kinta dan anak-anak Kinta perlu bangkit.
Apa yang nak dibangkitkan di era AI & AGI ini di Ipoh?
Kecilkan skop persoalan anda hanya kepada ekonomi, taraf & nilai kehidupan, kebajikan dan anak-anak Kinta.
Apa yang nak kita usahakan adalah berkenaan dengan kebangkitan di dalam skop tersebut.
- Ekonomi – membina semula ekonomi berasas ekonomi tempatan. Kenapa? Adakah kerana tiada ekonomi di Kinta pada hari ini? Persoalan ini akan diperbincangkan dan dijawab kemudian melalui sesi lain.
- Taraf & Nilai Kehidupan – umumnya adalah aspek berkaitan kehidupan harian.
- Kebajikan – kerajaan kan ada. Apa yang tak cukup?
- Anak-Anak Kinta – bukan sekadar anak cucu penduduk asal Kinta, bahkan sesiapa sahaja yang pada hari ini hidup dan menghirup udara di Kinta.