GIG3 Coffee-Talk | Kuala Kangsar: Nak Buat Program Marketing Tak Ada Budget?
December 21 | 10:00 am - 12:00 pm
Musim ekonomi tak berapa cantik, kita kena meningkatkan aktiviti pemasaran untuk memastikan pendapatan daripada jualan adalah berbaloi atau membolehkan bisnes kita boleh bertahan.
Tapi ramai usahawan yang kekurangan bajet untuk pemasaran ini.
Lagi teruk kalau sudahlah bajet pemasaran tak ada, ditambah pula isu tak tahu nak buat pemasaran pun satu hal yang mungkin boleh membawa perniagaan anda menghala ke laut.
Jangan lupa, marketing atau pemasaran adalah salah satu urat nadi di dalam perniagaan.
Kalau anda memang gigih mencari apa yang boleh membantu anda dari sudut pemasaran dan modal untuk pemasaran khususnya bagi perniagaan kecil, ini adalah jawapannya
Setiap perubahan pasti bermula daripada satu titik. Apa dan bagaimana anda mencipta titik mula perubahan hidup?
Jika anda berminat untuk mencari titik mula perubahan kehidupan dan kewangan anda, sertai GIG3 Coffee-Talk ini secara PERCUMA ditaja oleh MADANI PROPERTIES untuk mendapatkan ‘insight’ kritikal untuk membantu anda.
Apa yang akan anda ketahui & perolehi?
- Tips & langkah pemula untuk membantu meningkatkan pendapatan cara baru.
- Memahami konsep GIG3 dan bagaimana anda boleh menjadi perintis untuk meraih faedah besar.
- Pelbagai alat & program untuk memulakan GIG3 anda dengan pantas, mudah & hampir tiada kos.
Lain-lain info
- PERCUMA untuk komuniti bisnes.
- Pelbagai Business Tools FREEBIES ditaja oleh MADANI Properties.
- Minuman & makanan ringan disediakan.