- This event has passed.
BOOKMANAGER: Perakaunan-Pro Untuk Bisnes Kecil Tanpa Sakit Kepala
April 17 | 10:00 am - 10:30 am
Berniaga wajib mempunyai rekod dan sistem perakaunan tersusun dan mengikut standard perakaunan yang sah. Tapi, bagi kebanyakan bisnes kecil, perakaunan adalah sesuatu yang amat mencabar.
Apa yang menyebabkan perakaunan bagi bisnes kecil adalah amat mencabar?
- Pengetahuan perakaunan. Perakaunan umumnya semudah operasi campur & tolak tetapi apabila melibatkan rangka kerja atau framework perakaunan yang standard, ini sudah menjadi satu perkara lain.
- Kekangan waktu & fokus. Usahawan bisnes kecil mempunyai pelbagai kerja dan tanggungjawab. Ada waktu terluang tetapi tidak mampu nak fokus di dalam proses merekod dan menyediakan perakaunan pun adalah satu cabaran besar.
- Keperluan kepada sistem yang mudah dan praktikal. Praktikal bermaksud, sistem yang mempermudahkan dan menambah kecekapan operasi perniagaan anda. Bukan menyusahkan atau menambah beban kerja.
Business Good Practice | Sebagai usahawan, perakaunan bukanlah ‘permainan’ anda kerana usahawan adalah Mastermind untuk mencipta pendapatan dan keuntungan bagi perniagaan. Sedangkan, perakaunan adalah perkara pentadbiran.
Mengatasi cabaran secara bijak
Bagaimana mengatasi kekangan-kekangan yang ada?
Terdapat pelbagai ‘potential solutions’ untuk memastikan perniagaan anda mempunyai pengurusan perakaunan terbaik sesuai dengan skala bisnes anda; sama ada anda sendiri atau menngunakan pihak lain seperti menggaji kerani akaun atau eksekutif akaun, tetapi adakah ianya memadai?
Berikut adalah soalan lazim bagi setiap pemilik perniagaan:
- Bagaimana mengatasi isu berkaitan pengetahuan tentang pengurusan perakaunan?
- Adakah anda patut sambung belajar atau menghadiri kursus pengurusan perakaunan?
- Adakah menggaji kerani akaun itu sudah cukup bijak?
- Adakah sekadar mempunyai rekod perakaunan seperti Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira itu sedah memadai untuk bisnes anda?
- Bagaimana memahami data & info perakaunan dan bagaimana ianya boleh membantu pengurusan bisnes anda? Sekadar mepunyai rekod perakaunan tetapi tidak digunakan untuk perniagaan anda, ianya adalah satu perkara yang teramat malang.
- Bagaimana mendapatkan sistem/aplikasi perakaunan mahal dan premium dengan murah?
Sesi video di Tiktok
Semua soalan dan perkara di atas akan diperjelaskan melalui video di Akaun Tiktok Private. Anda akan mendapat jawapan, saranan profesional serta panduan untuk kickstart transformasi anda berkaitan perakaunan dan pengurusan bisnes.
- Anda boleh bertanya sebarang soalan ketika sesi tersebut untuk maklumbalas pantas.
- Sila RSVP dan memasukkan info diperlukan untuk mendapat akses ke Akaun Tiktok Private MIMMO.