Berniaga secara konsepnya adalah senang dan ringkas. Beli harga A dan jual harga B. Harga jualan mestilah lebih tinggi daripada harga beli. Senang sahaja secara konsepnya. Namun, menjalankan perniagaan bukanlah mudah.
Salah satu bahagian yang penting tetapi mencabar, mempromosi perniagaan anda.
Apa yang nak dikongsikan di sini adalah tentang wujudnya cara mempermudahkan peniaga mikro dan kecil terutamanya untuk peniaga di Kuala Kangsar untuk menjalankan promosi produk atau perkhidmatan anda.
Hanya ikuti beberapa langkah mudah untuk bermula.
Sekiranya anda adalah peniaga kecil yang beroperasi di dalam daerah Kuala Kangsar, anda boleh menyertai GIG3 Kuala Kangsar. Hanya ikut langkah di bawah:
- Daftar sebagai peserta GIG3 Kuala Kangsar.
- Dapatkan beberapa premium business tools percuma. Diberikan kepada setiap peserta.
- Dapatkan akaun pengguna percuma di beberapa platform niaga untuk komuniti.
- Mulakan aktiviti promosi dan pemasaran anda, bersama peserta GIG3 yang lain.
Info lain yang berguna untuk peniaga kecil
- Program GIG3 ini ditaja sepenuhnya oleh MADANI Properties khusus untuk komuniti di Kuala Kangsar.
- Sebarang info lanjut boleh diajukan ke WhatsApp 0196174801