Peniaga kecil sebenarnya ‘menderita’ kerana menggunakan ‘strategi’ berekonomi yang salah semenjak sekian lama. Salah satu cabang utama perlu diubah adalah taktikal menjual. Kalau tak berubah, peniaga kecil akan terus ‘menderita’. Kaedah yang sepatutnya tidaklah susah sangat tetapi dek kerana minda agak tertutup dan kurangnya semangat penerokaan yang tidak bertulis dengan lambang YDP Agong atau Bakal Jadi Jutawan, maka ianya menjadi tidak menarik.
Ubah Strategi Utama Menjana Jualan
Hampir kesemua peniaga kecil sebenarnya terikut-ikut dengan gelombang “Cara Pemasaran Orang Bijak” generasi Millennium Marketers (sila rujuk artikel akan datang untuk memahami golongan ini) yang didorong oleh strategi ‘Impulse Buying‘. Strategi ‘Impulse Buying” ini secara konsepnya adalah satu ‘derivative’ atau pecahan daripada model ekonomi Free Market atau Model Ekonomi Kapitalis.
Selagi model jualan anda berdasarkan model ini, selagi itulah anda akan menjadi penagih kepada ‘dadah’ yang disediakan oleh “Pemodal Utama Kapitalis”.
Coretan: ‘Impulse Buying‘ secara Melayu-nya adalah seperti perempuan yang bermekap berhias yang memujuk rayu di jalanan. Senang terpesona, murah harganya dan bila dibawa balik, rupanya memasak tidak pandai, mengurus rumahtangga pun terkial-kial.